TOLANIC's Travel Blog | Visit Malaysia

02 Sep

Malaysia International Fireworks Competition – Grand Finale

Malaysia International Fireworks Competition – Grand Finale Location: Putrajaya International Convention Centre(PICC), Putrajaya, Malaysia Date: September 02, 2007 Camera: Fujifilm S7000 MIFC Official Website: http://www.mifc.com.my You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video Australia juara bunga api sempena merdeka (by UTUSAN.com.my) PUTRAJAYA 2 Sept. – Pasukan dari Australia, Howard and Sons […]


Malaysia International Fireworks Competition – Grand Finale
Location: Putrajaya International Convention Centre(PICC), Putrajaya, Malaysia
Date: September 02, 2007
Camera: Fujifilm S7000

MIFC Official Website: http://www.mifc.com.my

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video


Australia juara bunga api sempena merdeka (by UTUSAN.com.my)

PUTRAJAYA 2 Sept. – Pasukan dari Australia, Howard and Sons Pyrotechnics Pty. Ltd. dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bunga Api Antarabangsa yang berlangsung di sini selama sembilan hari sejak 18 Ogos lalu.

Dengan kemenangan itu, Australia yang menampilkan persembahan bertemakan ‘Aurora Australie’ pada malam kedua pertandingan 22 Ogos lalu membawa pulang Trofi Emas Merdeka setelah mengalahkan pasukan dari Malaysia, Jepun dan Itali.

Penyampaian trofi itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.

Hadir sama ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah.

Pertandingan bunga api berskala antarabangsa itu pertama kali diadakan di negara ini sempena sambutan kemerdekaan ke-50 dan dijadikan salah satu acara kempen Tahun Melawat Malaysia 2007.

Ia dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dengan kerjasama syarikat Global 2000 Sdn. Bhd..

Penganjuran pertandingan bunga api itu ternyata mencipta satu fenomena di Putrajaya apabila ia berjaya menarik sehingga 150,000 pengunjung termasuk para pelancong asing setiap kali pasukan yang bertanding menampilkan persembahan mereka.

Pasukan Pyro-Splendour Services Sdn. Bhd. yang mewakili Malaysia muncul sebagai pasukan pembuka tirai pada 18 Ogos lalu dengan tema ‘Gelombang Malaysia’.

Selepas Australia, pasukan Parente Fireworks dari Itali menampilkan persembahan yang bertemakan ‘Emosi Api’ pada 25 Ogos lalu.

Pasukan dari Jepun, Tamaya Kitahara Fireworks Co. Ltd. yang merupakan juara dunia teknologi bunga api tampil pada 30 Ogos lalu dengan konsep percikan bunga api empat musim.

Selepas majlis penyampaian hadiah, keempat-empat pasukan masing-masing mempamerkan persembahan mereka selama lima minit selain penampilan khas bersama Joe Ghazzal dari Global 2000 dan Frank Furtado dari Pyrofest, Kanada selama 10 minit.

Today report led by Utusan Malaysia and we have a winner.
1st – Australia
2nd – Italy
3rd – Japan

Previous Video (by Team Japan):  http://www.tolanic.com/malaysia-international-fireworks-competition-by-team-japan/

30 Aug

Malaysia International Fireworks Competition by Team Japan

Malaysia International Fireworks Competition by Team Japan Location: Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya, Malaysia Date: August 30, 2007 (Merdeka Eve) Camera: Fujifilm S7000 MIFC Official Website: http://www.mifc.com.my You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Malaysia International Fireworks Competition by Team Japan
Location: Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya, Malaysia
Date: August 30, 2007 (Merdeka Eve)
Camera: Fujifilm S7000

MIFC Official Website: http://www.mifc.com.my

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

(more…)